Want your
own Fotopage?










 
MaiNasa Family FotoPage
sekadar album keluarga..
By: mai nasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Saturday, 2-Sep-2006 14:00 Email | Share | | Bookmark
Brazil Festival

 
Brazil Festival di Meiji Park. Ramai!. Tak sangka banyak orang Amerika Latin di Tokyo ni. Di pesta ni, orang Jepun yang lebih Brazil dari orang Brazil pun ramai! Ada jualan-jualan pakaian, souvenir, makanan dan tarian gila-gila Brazil. Sayang makanan-makanan banyak jenis daging. Takboleh makan.
Best juga kalau Malaysia buat pesta mempromosikan Malaysia di tempat terbuka macam ni. Orang kita ramai jugak, tengok la masa kita berkumpul masa raya di Embassy...tak ramai tu?

Care to comment?


Friday, 1-Sep-2006 13:04 Email | Share | | Bookmark
Masjid Shin Okubo

 

Care to comment?


Thursday, 31-Aug-2006 10:30 Email | Share | | Bookmark
Summer Craft

Summer Craft
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Kami tengok siaran lansung perbarisan kemerdekaan di http://www.syoktv.net Tak jalan ke mana. Kaki ayah masih sengal-sengal. Lagipun esok 1 hb Sembilan, Naufal dan Nayli mula sekolah balik. Hari ini siapkan projek Summer Craft nya. Esok kena bawa ke sekolah. Naufal buat rumah dengan copstik. Nayli buat set kerusi meja dengan sepit baju.

Care to comment?


Wednesday, 30-Aug-2006 12:09 Email | Share | | Bookmark
Di Puncak Gunung Fuji

 
Lebih 9 jam masa yang diambil untuk sampai ke puncak. Lebih kurang 5 jam untuk turun ke bawah. Teruk ke naik Gunung Fuji? Jawabnya TERUK! Bukan saja mengatasi cabaran alam, tapi sebenarnya cabaran untuk menguasai diri sendiri. Sebab itu rasa bangga sangat bila boleh sampai ke puncaknya. Syukur. Satu pencapaian peribadi. Satu kepuasan. Tak terucap...
Baca tulisan penuh patriotik mengenai ekspedisi ini di Ekspedisi Fuji Merdeka oleh GhazaliManap.
Lihat juga video klip Jalur Gemilang Di FujiSan sempena Sambutan Merdeka, dari RusdiYahya.


Care to comment?


Sunday, 27-Aug-2006 05:50 Email | Share | | Bookmark
Midnite Highway Bus, Kyoto-Tokyo

 
Tiba di Tokyo Eki jam 5.50 pagi selepas menaiki bas dari Kyoto Eki jam 10.30 mlm semalam. Mudah juga naik bas. Naik bas, tidur, tup-tup dah sampai. Bas berhenti rehat di R&R dua kali. Banyak bas antara Tokyo - Kyoto. Maklumat lanjut boleh tengok di http://www.bus.or.jp/kousoku_e/index.html.
Kami naik Orion Tour Bus yang berada di http://www.orion-tour.co.jp/english/ Tambangnya 3,500 yen. Tambang biasa 4,500 yen. Sehari seminggu ada ada hari yang offer dengan tambang murah. Masa beli tiket, no. seat tak diberi. Rupanya nama dan tempat duduk kita ada tertulis dalam bas. Tak tahu bas ekspress lain di Jepun style ini juga ke tidak. Tapi bila nama kita tertulis, terasa ke'eksklusif'annya. Mungkin syarikat bas yang mahu memberikan service lebih istimewa di M'sia pun boleh ikut style ini....


Care to comment?


Saturday, 26-Aug-2006 18:00 Email | Share | | Bookmark
Bas di Kyoto

 
Lebih mudah berjalan-jalan di Kyoto dengan bas. Jaringannya lengkap. Macam jaringan keretapi Metro di Tokyo. Berpandukan pamplet 'bus navi' dari tourist information center, tak susah untuk tahu nombor bas ke tempat yang kita mahu. Sekali naik 220 yen untuk dewasa, 110 yen kanak-kanak. Elok gunakan 'one day ticket', 500 yen untuk dewasa, 250 yen untuk kanak-kanak. Maknanya naik minimum 3 kali sehari dah untung. Tiket ni boleh di beli di mana-mana sahaja: kombini, hotel, tourist center atau jidohanbaiki yang jual kad ini pun ada....
Terbayang alangkah eloknya kalau ada bas yang melalui tempat-tempat tarikan utama pelancung di Kuala Lumpur. Bukan pelancung saja tak pening kepala, orang kita pun boleh join sama!

Care to comment?


Saturday, 26-Aug-2006 16:45 Email | Share | | Bookmark
Memburu Geisha di Gion

Suasana pekan lama di Gion
 
Berada di Hanamikoji, Gion bagaikan berada di zaman Sayuri. Deretan kedai kayu dan ocha-ya di sepanjang jalan. Cukup klasik! Kami tiba di sana jam 4.45 ptg. Mengikut panduan dalam internet, awal petang adalah masa terbaik untuk melihat geisha atau maiko di kawasan ini. Ini adalah masa mereka berjalan ke tempat kerja. Mulanya tak tahu nak tunggu di mana, tapi terjumpa sekumpulan cameraman yg sedang menunggu maiko. Apa lagi, join sekaki ler. Lepas setengah jam, maiko pertama pun muncul. Satu-persatu. Berkejar sana-sini. Sebab munculnya tak tentu dari arah mana. Hilangnya pun cepat. Memang puas hati rasanya dapat menangkap gambar geisha di Gion...


Care to comment?


Saturday, 26-Aug-2006 14:32 Email | Share | | Bookmark
Kiyomizudera

 

Kiyomizudera - diikhtirafkan antara kawasan Unesco Heritage Site. Tak jauh dari Kyoto Eki. Lebih kurang 20 minit kut dgn bas no. 100 atau 204. Untuk ke sini, boleh berhenti di Gojo-zaka atau Kiyomizu-michi. Kena mendaki bukit 15 minit sebelum sampai, tapi kedai-kedai souvenir penuh sepanjang jalan. Tak la terasa sangat letihnya. Barang souvenirnya jauh lebih murah dari di Asakusa. Berjalan dari Gojo-zaka, kedainya kurang meriah. Kiyomizu-michi jalannya sesak pulak. Untuk masuk ke dalam kena bayar 300yen. Kami tak masukpun, tangkap gambar kat luarpun jadilah....

Care to comment?


Saturday, 26-Aug-2006 10:05 Email | Share | | Bookmark
Kyoto Empirial Palace Park

Pokok maple tua... mungkin dulu dayang2 bermain di bawahnya hehe
Kawasan lapang, mungkin dulu tempat Raja Jepun berjogging...
Dan ada rumah antik di tepi tasik, rumah sapa tah...
Kyoto Emperial Palace - kediaman Maharaja Jepun sebelum berpindah ke Tokyo pada tahun 1868. Kebetulan bersebelahan dengan hotel tempat kami tinggal. Layout tamannya pun hampir sama macam yang di Tokyo sekarang. Tapi sayangnya kami tak dapat masuk ke dalam istananya sebab sudah 'fully booked' pada tarikh ini. Bilangan pelawat setiap hari adalah dihadkan dan waktu lawatan hanya dua kali sehari. Nama perlu didaftarkan lebih awal. Pendaftaran boleh dibuat melalui internet di http://sankan.kunaicho.go.jp/order/index_EN.html


Care to comment?


Friday, 25-Aug-2006 10:05 Email | Share | | Bookmark
Universal Studio Japan, Osaka

Di pintu masuk
Ini lokasi wajib
Jumpa Shrek sebelum tonton Shrek 4D, best!
View all 9 photos...
aa



Universal Studio dengan Disneyland mana best?
Nurin: Universal Studio, sebab banyak 3D-4D!
Nayli: Entah... dua-dua kakak suka heeeee....
Naufal: Dua-dua best!
Tiket
Dewasa 5,800 yen Kanak-kanak 4-11 thn: 3,900 yen
Express Pass
Harga: 2,300 yen seorang
Perlu ke Express Pass?
Tak perlu kalau kita cuma nak jalan-jalan atau boleh datang lagi lain-lain kali.
Contoh beza masa menunggu antara express pass dengan tidak ialah 60 minit dengan 10 minit!
Makan
Sama macam Disneyland, kembong perut asyik makan popcorn! Elok bawa obento. Beg tak di check di pintu masuk.

Kebanyakan tarikan utama boleh dicover dalam masa satu hari... tapi penat gilerrr!

Care to comment?


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.