|
|
| Thursday, 24-Aug-2006 16:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hotel Palace Side, Kyoto
|
|
Hotel Palace Side ni cukup simple dan selesa. Terletak sebelah dengan Imperial Palace, Kyoto. Sewanya 8,500 utk double bed dan 10,500 utk triple bed.
Ada cukup kemudahan asas: ada 2 pc internet utk pakai gilir-gilir, ada community kitchen di tkt2 kalau nak memasak, ada coin laundry, ada library ada restoran.
3 minit jalan kaki dari eki atau stesen bas, tapi kami ukur kami jalan 6 minit masa perut kenyang. Kalau dapat sewa hotel yg dekat dengan Kyoto Eki lagilah bagus, lagi senang nak jalan-jalan. Mungkin ada juga yang murah macam ni, tapi masa kami pergi yang murah semua dah fully booked.
Mcm manapun, boleh klik sini utk maklumat lanjut: PalaceSideHotel
Bagi promosi la sikit! sebab puashati masa stay kat sana...
aaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Aug-2006 13:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kinkakuji
|
|
Kalau diberi peluang untuk melawat hanya satu tempat di Kyoto, pilihan kami adalah Kinkakuji. Perjalanan dari Kyoto Eki dngan bas kira-kira 40 minit. Bayaran masuk 500yen. Mahal la jugak, patut la diorang mampu salut bangunan ni dengan emas!
Mcm manapun, unik tengok tiketnya. Kami simpan buat kenangan...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Aug-2006 13:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kyoto Station
|
|
Terpegun melihat bangunan Station Kyoto yang begitu besar dan moden. Begitu kontras dengan imej Kyoto yang tradisional dan klasik. Dikatakan ini bangunan stesen keretapi kedua terbesar di Jepun selepas Stesen Nagoya. Direka oleh Hiroshi Hara dgn struktur utamanya steel dan berdinding kaca.
Kami simpan beg dlm safety-box di sini. 300yen sehari. Lepas tu ke Tourist Information Center dan bersarapan di Mister Donut. Boleh naik ke tingkat atas Kyoto Station ini untuk menikmati pemandangan Bandar Kyoto secara percuma!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Aug-2006 13:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Midnight Express train: Moonlight Nagara
|
 |
|
bertolak dari IchikawaOno Eki ke Tokyo jam 10.18 malam
|
|
 |
|
Berlepas dari Tokyo Eki jam 11.43 mlm.
|
|
 |
|
Bergambar dulu di Tokyo Eki sebelum keretapi bergerak
|
| | View all 20 photos... |
|
Moonlight Nagara adalah keretapi express malam antara Tokyo ke Ogaki yang dianggapkan sebagai 'local train'. Keretapi ini mempunyai 9 gerabak. Pada musim Seishun 18 Kippu, selalunya keretapi ini cukup popular. Kami booking tempat duduk 10 hari lebih awal. Nasib baik dapat tempat duduk. Kalau booking lebih awal lebih bagus.
Dari Tokyo ke Odawara, semua 9 gerabak adalah reserved seats. Dari Odawara ke Nagoya, hanya gerabak 1-3 reserved seat manakala 4-6 Open. Kalau kita di gerabak 4-9, jangan bangun atau letak beg atas seat bila nak ke toilet. Toilet ada di gerabak 1,4,7.
Sampai di Nagoya, gerabak 7-9 terputus dan berhenti setakat di Nagoya. Perlu kalih ke gerabak 1-6 kalau nak meneruskan perjalanan ke Ogaki. Moonlight Nagara tamat di Ogaki.
Dari Ogaki ke Kyoto, perjalanan lagi 1 jam 30 minit. Boleh naik 1 keretapi local train, atau boleh tukar di Maibara kalau nak lebih cepat sampai!
Dengan Moonlight Nagara, kita boleh sampai ke Kyoto jam 9.00 pagi tanpa ada perancangan jadual perjalanan. Kami dibantu oleh seorang rocker Jepun, Nishimura namanya yang nak mengembara bersama gitarnya ke Kusyu. Macammanapun, memang terasa kemesraan dalam satu gerabak keretapi sebab semuanya mengembara cara susah!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Aug-2006 13:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seishun Juhachi Kippu
|
|
Inilah rupanya Seishun Juhachi Kippu. Tiket tambang murah yg boleh kita gunakan untuk JR local train. Sekeping boleh digunakan untuk 5 orang atau lima kali. Maknanya sekali guna sehari suntuk harganya 2,300 yen.
Kalau gunakan tiket ni, tak boleh la keluar masuk eki melalui mesin otomatik tu, kena tunjukkan saja tiket pada Eki-in, nanti dia benarkan kita keluar masuk.
Dalam setahun ada 3 kali tiket ni boleh digunakan. Musim Spring, Summer dan Winter. Untuk summer yang lepas, tiket dijual mulai 1 Julai hingga 31 Ogos, boleh digunakan mulai 20 Julai hingga 10 September. Sehari untuk tiket ini dikira mulai jam 12 .01 pagi hingga 12 tengahmalam berikutnya.
Kalau kita memulakan perjalanan mulai 12 malam dari Tokyo, boleh tiba di Hiroshima jam 3.30 petang dan boleh tiba di Fukuoka 9.30 malam pada hari yang sama. Larat tak larat soal lain la pulak, sebab gerenti kebas bontot bila lebih 15 jam duduk dalam keretapi!
Kalau berminat untuk tahu maklumat lanjut, boleh baca kat sini:
Seishun 18 Ticket
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Aug-2006 13:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kembara Seishun 18 Kippu: Tokyo - Kyoto
|
|
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat tiba di JR Kyoto Eki pada jam 8.31 pagi tadi selepas memulakan perjalanan dari Tokyo pada jam 11.43 malam sebelumnya. Dapat sampai ke Kyoto ini kami rasa macam dapat mendaki ke puncak bukit. Dah dapat sampai itu pun satu kepuasan. Dan apa yang dapat dilihat adalah bonus. Syukur Alhamdulillah...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Aug-2006 19:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Israk Mikraj
|
|
Terima kasih penduduk Welshan & Ce Soir terutama Ghazali Manap yang sudi menjadi tuan rumah kepada Majlis Sambutan Israk Mikraj kita pada tahun ini. Selepas sembahyang maghrib dan sembahyang hajat, Ustaz Amin sampaikan ceramah berkaitan Israk Mikraj. Tuan rumah masak laksa penang yang sungguh sedap siap dengan otak udangnya! Semua kawan-kawan lain pun bawa juadah buah tangan masing-masing... cam tu la best!
aaaaa
aaaaa
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Aug-2006 11:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bye-bye Nabillah kata Nurin
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Aug-2006 11:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
lori dtg bawa brg jimi
|
|
aaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Aug-2006 10:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Flea Market Mami Mart
|
|
nak memujuk anak-anak yg tak dapat join camping di chiba. bawa ke flea market di mami mart. agaknya 1st time flea market kat sini. ada 7 gerai jer. nasib baik dapat beli mainan. senyap kejap.
|
|
|
|